Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia sabah

Support Group

"Assalamualaikum wbkt. & Salam Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia (PBMM) cawangan sabah atau lebih dikenali sebagaiMalaysian Community Relief Society (CRSM)sabah state branch adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan Non-Governmental Organization (NGO) yang ditubuhkan pada tanggal 22 November 2017. Tujuan utama penubuhan kami adalah bagi membantu agensi-agensi lain kerajaan, bukan kerajaan dan negara dalam menghadapi bencana tidak kira berskala kecil, sederhana mahupun besar. Dimasa aman pula, kami berperanan membantu masyarakat umum dalam lapangan khidmat kemasyarakatan dengan memberi bantuan secara berkala serta memberi pertolongan sedaya upaya bagi meringankan kesengsaraan di mana sahaja ia berlaku. Kehadiran kami di arena khidmat komuniti negara bukanlah bertujuan untuk menyaingi Pertubuhan atau Badan yang telah diiktiraf oleh kerajaan dalam membantu masyarakat. Kehadiran kami dengan niat yang suci dan murni untuk membantu masyarakat dan menyokong serta sama-sama menghulurkan tangan meringankan beban, menggembeling tenaga sukarelawan kami bagi mencapai matlamat sesuatu misi dengan jayanya. Sebagai sebuah pertubuhan baru yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) danKementerian Dalam Negeri, adalah amat diharapkan agar masyarakat sudi mendekati kami seterusnya bekerjasama, tidak kira samada dengan menyertai kami atau membantu dari segenap aspek yang kami perlukan bagi memastikan matlamat umum organisasi kami tercapai. ""Komited Kepada Masyarakat"


MYR 0.00

0

Total Funds Raised

Campaigns



Spread the love


isaacwongkahkiet@gmail.com

601115386873

Lot 103, Lorong Damai 3, Taman Damai, Batu 4,Jalan Utara,9000Sandakan

Sandakan

Campaigns by this NGO