WECCAS adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan atau Non-Governmental Organisation (NGO) yang mendukung dasar kerajaan yang toleran ke arah memartabatkan nusa, bangsa dan negeri Sabah.
WECCAS ditubuhkan dengan tujuan atau matlamat untuk mencapai objektif-objektif berikut:
1. Melindungi kepentingan semua lapisan pengguna dalam kitar hayat sektor air dan tenaga kerana kedua-dua sektor ini merupakan sektor-sektor yang paling terjejas dengan melihat kepada isu perubahan iklim dan semasa.
2. Bertindak sebagai kumpulan sokongan teknikal dan sebagai entiti yang menumpu kepada isu-isu air dan tenaga serta secara keseluruhan isu alam sekitar.
3. Memperjuangkan perlaksanaan penggunaan air dan tenaga serta sumber-sumbernya secara mampan melalui program-program perlindungan, pembelaan dan pendidikan pengguna secara berterusan yang akan dijalankan.
4. Memfokuskan dalam penggunaan lestari air dan tenaga di peringkat negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya untuk pengguna domestik dan industri tempatan.
5. Memberikan penyelesaian dan cadangan yang inklusif dan objektif serta berfungsi dalam memperjuangkan penambahbaikan perlaksanaan di samping mewujudkan penggunaan air dan tenaga yang lestari di Sabah.
6. Mewujudkan kesedaran, membina kapasiti dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan penggunaan air dan tenaga termasuk sumber-sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui melalui kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, sektor swasta, masyarakat awam dan organisasi kebangsaan.
7. Membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif yang menumpu kepada kebajikan dan kepentingan pengguna melalui pembelaan, perlindungan dan pendidikan yang ideal serta menyelesaikan sebarang aduan yang memerlukan maklumbalas sama ada dari agensi-agensi kerajaan, swasta atau lain-lain yang berkaitan.
8. Mempengaruhi pendapat umum, program, dasar atau polisi awam dalam menggubal undang-undang dan penguatkuasaan yang tegas demi meningkatkan perlindungan pengguna serta mendidik pengguna menjadi rakyat yang proaktif dan lebih bertanggungjawab dalam kehidupan mereka.
Total Funds Raised
Campaigns
weccas13082020@gmail.com
No. 2-2-5, Lorong Putera Jaya 16, Blok Ramin 5, Taman Putera Jaya, Jalan Tuaran Bypass
Kota Kinabalu